Murid

DCS

adalah merujuk kepada Digital Compentency Standards yang menilai dalam tiga aspek iaitu Kognitif, Digital Citizenship dan Teknologi. Ujian DCS ini lebih kepada penilaian dalam permainan Tapir Hero dalam bentuk penerokaan angkasa. 

Dapatkan ID anda di sini

Program NILAM Online (Nadi Ilmu Amalan Membaca) 

@ IQ-NILAM

Makluman untuk para ibu bapa, bermula tahun 2021 ini, semua murid akan mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM pada pautan berikut https://iqnilam.moe.gov.my

Anak-anak amat digalakkan membaca dalam tempoh cuti persekolahan ini

DidikTV KPM 

merupakan TV Pendidikan melalui rangkaian televisyen pendidikan Malaysia yang dimiliki, dihasilkan dan dikendalikan oleh usaha sama antara Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Media Prima Berhad. Rangkaian ini akan menyiarkan program pendidikan untuk pelbagai mata pelajaran sekolah.  

Apakah Kolej GENIUS@Pintar ?


Kolej GENIUS@Pintar, UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya.

Kurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).

RoboMindAcademy


We believe everybody should learn computational thinking. That is why RoboMind is a Program Partner of Samsung Smart Education Hubs. This initiative aims to support Dutch schools with teaching 21st Century Skills. Educational materials are provided for the Smart Classrooms, there will be trainings for Smart Teachers, and a Smart Sharing platform comes available to bundle experiences. 

SCRATCH


Scratch adalah bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan oleh MIT. Ia bermatlamatkan sebuah platform pengaturcaraan asas untuk pelajar-pelajar sekolah yang baharu berjinak-jinak dalam pengaturcaraan mendalami ilmu pengaturcaraan.


Berteraskan konsep mesra pengguna dengan visual antara muka yang memudahkan, Scratch membekalkan keupayaan membangunkan cerita interaktif, animasi, permainan, muzik dan karya seni; dengan keupayaan menyimpan hasil pengaturcaraan di pelayan.